Tuesday, March 8, 2011

Hutang menghalang rezeki

Pada mula berhutang kepada kawan kawan , saudara dan adik beradik memang berniat untuk membayarnya bila ada duit. tapi satelah Allah memberi kelapangan membayar hutang dengan adanya duit pada waktu dijanjikan dan dengan tak semena-mena ada dugaan lain yang datang. tanpa disedari orang yang berhutang sedang di uji samada melunaskan hutang atau mengunakan di tempat lain.

Sebagai contoh katakan anda berhutang pada kawan-kawan RM2,000 dan berjanji membayar 2 bulan dari sekarang,ketika sampai tempoh yang ditetapkan ALLAH memberi rezeki ditangan RM2,000 dan pada masa yang sama anda perlukan RM2,000 saperti membeli TV kebetulan TV rosak atau membeli motorsikal baru. Kalau mengikut hukum wajib membayar hutang dan haram memungkir janji , tapi anda lebih cenderung menanguhkan hutang dan memenuhi keperluan anda. Jika sipiutang datang minta hutang anda memberi berbagai alasan.

Sasaorang meninggal dunia, sedangkan dia masih berhutang, dosanya tidak akan diampunkan walaupun dia mati syahid dalam peperangan.
Seseorang yang berhutang beriktiar membayar hutang yang dipinjamnya kerana membayar hutang itu wajib . Tindakan menunda atau melewatkan pembayaran hutang dilarang merupakan itu satu kezaliman. Rasulullah bersabda yang maksudnya "Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : "Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)
(Riwayat Ibnu Majah)

Sabda Rasul S.A.W.

Maksudnya : "Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas".

No comments:

Post a Comment