Thursday, December 15, 2011

Demam Denggi

Tanda-Tanda Demam Denggi

Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:

Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam.

Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.

Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.
Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.
Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.

Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.

Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)

Sindrom Renjatan Denggi

Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:


Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal.


Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. J


Sup Ketam.

Jika sesiapa mengidap demam denggi, Cari ketam segar dan dibuat sup. Sup ketam boleh menyembuhkan demam denggi. Jadikan makan ruji sehingga betul-betul sembuh. Minum Minuman bergas saperti 100 plus atau gatorade.

Daun Betik
Dapatkan daun pokok betik yang matang dan bersihkan daun itu. Blend atau tumbuk daun hingga hancur. Perah sebatian untuk dapatkan jusnya. Minum satu sudu kecil . amalkan selalu hingga sembuh..


Sunday, October 9, 2011

Petua Memilih Ikan Segar

Ikan Segar
1. Warna kulit terang dan segar
2. Daging ikan bila ditekan terasa keras dan kembali keasal.
3. Mata ikan jernih menonjol dan cembung.
4. Sisik ikan segar masih kuat dan berkilat dan tidak banyak yang tertanggal
5. Insang berwarna merah
6. Siripnya kuat
7. Kulit dan daging ikan tidak mudah koyak terutama pada bahagian perut
8. Tidak berbau busuk

Ikan yang tidak segar
1. Matanya suam,merah dan tenggelam
2 Sisik kusam dan mudah tertanggal
3.Warna kulit kusam dengan lendir tebal
4. Insang berwarna kelabu dengan lendir tebal
5. Dinding perut lembik dan koyak
6. Warna keseluruhan kusam dan bau busuk
.

Thursday, September 22, 2011

Lembutkan daging ayam pencen/ayam kampung

Salam
Petua lembutkan daging ayam pencen atau ayam kampung
Rebuskan atau masakan ayam dalam air kelapa sehingga lembut, Toskan ayam dan boleh dimasak ikut kesukaan. Daging ayam menjadi lembut dan rasa manis.

Monday, July 11, 2011

Petua jaga kerongkong.

Bahagian kerongkong diselaputi minyak,lemak dan sisa makanan salepas kita makan yang boleh menyebabkan penyakit berkaitan kerongkong. Tidak digalakkan minum air sejuk atau air batu salepas makan kerana membuat minyak/lemak  menjadi beku. sebaik baiknya minum air suam, kerana air suam melarutkan minyak atau lemak yang melekat di dinding kerongkong .

Badan sihat

Sejurus bangun pagi minum  segelas air ,kemudian barulah menggosok gigi. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar penyakit.

Monday, June 6, 2011

Disengat Lebah

Jika Disengat Lebah, Ambil Madu Lebah sapu di kawasan yang kena sengatan.  Minum madu lebah sekurang kurangnya satu sudu.

Sunday, June 5, 2011

Semasa Mengandung- Anak Pintar

Ibu amalkan memakan Coklat semasa mengandung boleh menyebabkan anak pintar dan mempunyai daya ingatan yang kuat
.