Wednesday, January 26, 2011

Amalan Rasulullah

Ada sedikit ilmu yg mungkin boleh dikongsi bersama mengenai perihal cara pemakanan Rasulullah.


Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet in.

.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKAJangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL



# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA
 
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.


Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat

amalan spt:-

-Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

-Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

-Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

-Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

mgkin perkara di atas biasa sangat doh dengor

tapi mungkin wat panduan dan ilmu yang diulang untuk kebaikan bersama

Sama2lah kita mengamalkannya.......

WallahuA'lam,

Tuesday, January 25, 2011

Sedekah Mengubah takdir

Pada zaman Nabi Musa AS, Sepasang suami Isteri yang fakir miskin telah datang berjumpa Nabi Musa AS supaya memohon pada ALLAH memberi kekayaan. Nabi Musa AS bermunajat pada ALLAH dan berdoa pada ALLAH, ALLAH menyuruh Nabi Musa AS  memberi pilihan pada pasangan suami isteri samaada kaya selama 6 tahun dan miskin salepas itu sehingga wafat. atau miskin selama 6 tahun dan kaya sehigga wafat. 

Satelah suami isteri berbincang, mereka bersetuju membuat pilihan pertama iatu kaya selama 6 tahun dan satelah masuk 7 tahun  miskin sehinnga wafat.

 Baliklah suami isteri kerumah. Dengan takdir ALLAh mereka telah dikurnikan kekayaan dari setahun kesetahun. Dengan kekayaanyang melimpah ruah  itu menjadi orang paling kaya di kota.

Satelah masuk tahun ke 7 , Suami isteri itu hairan kerana mereka tidak miskin saperti yang disampaikan oleh Nabi Musa semasa dahulu. Masuk tahun ke 8, mereka berjumpa Nabi Musa bertanya kenapa mereka masih kaya lagi.  Nabi Musa AS bermunajat pada ALLAH bertanya akan hal  ini. ALLAH berfirman mengatakan dengan kekayaan mereka telah mengkayakan dan memakmurkan  kota yang mereka tinggal. Mereka banyak menderma harta mereka pada fakir miskin sehingga tidak ada lagi orang miskin di kota itu, Mereka membuka gedung perniagaan yang banyak dan besar . Banyak pedagang pedagang datang berjual beli di kota itu. Kota itu dahulunya kecil sekarang menjadi sibuk . meriah , besar dan makmur.

Lalu mereka balik ke kota asal mereka dengan kesyukuran yang tidak terhingga.

Sedekah Mengubah takdir


Pengajaran dari cerita ini, Sedakah boleh mengubah takdir dari miskin kepada Kaya.  Kekayaan manusia adalah menginfak harta, tenaga, ilmu untuk menafaat orang lain..

wasalam