Wednesday, August 20, 2014

Petua hilangkan gastrik

Gastrik ni disebabkan perut kita terlalu berasid. Jadi untuk neutralkan asid, kita perlu cari makanan yang bersifat sedikit alkali.

4 makanan yang membantu mengurangkan sakit gastrik anda, termasuk:

1) Pisang


Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi.
Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik
Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik

2) Susu sejuk
Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan.susu bantu hilangkan atasi gastrik sakit perut
Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik.
Boleh lah buat banana milk shakes untuk legakan gastrik

3) Bunga cengkih
Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik.
Bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman.bunga cengkih hilangkan atasi gastrik sakit perut
Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.

4) Halia
Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.

Tuesday, July 22, 2014

Cara mengetahui telur segar

Kita beli telur tidak tau berapa lama telur disimpan sebelum sampai kepada kita. Telur segar boleh di uji melalui rendam dalam segelas air,
1. Sangat Segar- Telur yang amat segar akan tenggelam ke bawah dan terbaring dengan elok.
2. Berusia Seminggu-Telur yang dah seminggu akan tenggelam tetapi bahagian hujung yang ‘gemuk’ pada telur akan terangkat sedikit
3. Berusia 3 minggu- Telur yang berusia 3 minggu menegak yang runcing dibahagian bawah manakala bahagian yang ‘gemuk’ akan naik ke atas.
4. Telur Busuk- Telur yang dah lama akan terapung, terlonjak ke permukaan air bila ia ditekan kebawah

Tuesday, June 24, 2014

masalah singki tersumbat


1. Keluarkan semua air yang bertakung di dalam singki dengan menggunakan baldi kecil atau cawan.

2. Curahkan secawan serbuk penaik ke dalam lubang singki.

3. Diikuti dengan secawan garam halus.

4. Kemudian curahkan pula setengah cawan cuka tiruan.

5.Biarkan bahan-bahan yang dituangkan tadi bertindak selama 10 minit sebelum menuangkan air panas mendidih ke dalam lubang singki tersebut.

6. Setelah segala kekotoran tersumbat terhapus. Anda boleh pam singki mengunakan alat pengepam biasa.

Monday, May 5, 2014

Petua elakkan tanaman Cili atau sayuran dimakan Siput

Masalah menanam cili, kunyit, halia , daun bawang, daun sup yang baru tumbuh daun dimakan siput boleh diatasi dengan melilit kawasan sekelingnya dengan dawai kuprum (tembaga), Siput alah dengan kupram (tembaga), Sebaik baiknya tanam di dalam pasu kecil dan lilitkan beberapa lilit dengan dawai kupram, dawai kupram(tembaga) boleh didapati   di kedai hadware  atau lebihan kabel letrik yang dibuang oleh pekerja TNB, Buang salut Kabel dan buat  beberapa lilit sekeliling pasu,