Tuesday, February 23, 2010

Petua Hilang Jerawat

Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.

Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.

Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.

Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.


Kepada sesiapa ada jerawat, jangan kutil atau picit jerawat supaya kulit muka tidak mengerutu. 
Bangun 2 atau 3 pagi selepas tidur, basuh muka dan lap dengan tuala .Ambil air liur di atas lelangit di dalam mulut dan sapu sehingga tebal pada tempat kena jerawat atau seluruh muka dan biar kan sampai pagi. Lagi baik biar sampai siang dan kena dibawah cahaya matahari selama setengah jam. dan basuh muka tanpa mengunakan sabun. ulang selama 3 hari berturut turur sehingga jerawat kering,  Selalunya, jerawat hilang salepas 3 hari. Jerawat batu disapu dgn ubat gigi dan biarkan semalaman.

No comments:

Post a Comment