Monday, May 11, 2026

Turunkan Gula dlm darah

 Tanda-tanda badan terlebih gula

1. Selalu haus dan kerap kencing

Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air

2. Cepat letih dan mudah mengantuk

Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.

Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau

3. Penglihatan kabur

Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas

4. Selera makan naik tak berhenti

Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok

5. Kerap sariawan atau gigi selalu bermasalah

Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi

6. Luka lambat sembuh

Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel

7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak

Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat

8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas

Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin

9. Rasa kebas atau semut-semut di tangan dan kaki

Gula tinggi lama-lama boleh rosakkan saraf

Apa yang patut buat dulu?

Perbetulkan cara makan, amalkan makanan sihat, cuba puasa, rajin bergerak, cukup minum air, elakkan makanan yang melonjakkan gula darah, dan boleh amalkan ramuan kampung di bawah ni

Resepi alami bantu turunkan gula darah

1. Air rebus daun salam + kayu manis

Bahan :

• 7 helai daun salam

• 1 batang kayu manis

• 400 ml air

Cara buat :

• Rebus semua bahan sampai air tinggal separuh

• Tapis dan minum waktu hangat, 2 kali sehari (pagi & petang)

Manfaat :

Daun salam bantu stabilkan gula darah, kayu manis tolong kuatkan fungsi insulin

2. Air lemon infused + kayu manis

Bahan :

• 1/2 biji lemon

• 1 batang kayu manis

• 500 ml air

Cara buat :

• Hiris lemon, masuk dalam botol dengan kayu manis

• Simpan 3–4 jam dalam peti

• Minum sepanjang hari

Manfaat :

Bantu kurangkan resistensi insulin dan lancarkan metabolisme

3. Madu bawang putih

Bahan :

• 5 ulas bawang putih, diketuk

• 5 sudu besar madu asli

Cara buat :

• Campur bawang putih dan madu dalam bekas kaca

• Perap 3 hari

• Ambil 1 sudu besar tiap pagi sebelum sarapan

Manfaat :

Madu bantu jaga kadar gula, bawang putih kuatkan sensitiviti insulin

4. Jus peria + limau nipis

Bahan :

• 1 biji peria (buang biji, rendam air garam 10 minit)

• 1/2 limau nipis

• 200 ml air

Cara buat :

• Kisar peria dengan air

• Tapis, perah limau nipis

• Minum 3 kali seminggu

Manfaat :

Peria ada bahan charantin yang bantu turunkan gula darah

Tuesday, January 20, 2026

Surah sembuh penyakit

 annî massaniyadl-dlurru wa anta ar-ḫamur-râḫimîn" 


Ayat 83 yang sering disebut sebagai doa penyembuh adalah Surah Al-Anbiya ayat 83, iaitu doa Nabi Ayub AS: "wa ayyûba idz nâdâ rabbahû annî massaniyadl-dlurru wa anta ar-ḫamur-râḫimîn" (Dan Ayub (ingatlah), ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang."). Ayat ini diamalkan sebagai ikhtiar mohon kesembuhan, menunjukkan penyerahan diri kepada Allah SWT bahawa Dia adalah sebaik-baik Penyembuh. 

Sunday, November 9, 2025

Daun pandan

 Inilah penyakit yang boleh dirawat dengan daun pandan:

1️⃣ Sakit kepala

Caranya: 

1 helai daun pandan dihiris halus, kemudian direbus bersama seibu jari halia yang diketuk dengan 1 gelas air. Rebus hingga mendidih sebentar sahaja. Minum ketika msih suam, 2 kali sehari, 10 minit selepas makan.

2️⃣ Kebas-kebas

2 helai daun pandan

Halia sebesar ibu jari (diketuk)

Caranya:

Semua bahan direbus dengan 2 gelas air hingga menjadi 1 gelas. Minum 2 kali sehari, pagi dan petang.

3️⃣ Kesemutan

Halia sebesar ibu jari kaki

3 helai daun pandan

Caranya:

Semua bahan direbus dengan 2 gelas air hingga menjadi 1 gelas. Minum ketika masih suam, 1 jam sebelum tidur.

4️⃣ Kanser

1 helai daun pandan

3 batang meniran merah (akar, batang dan daunnya)

5 helai daun sirsak

Caranya:

Semua bahan direbus dengan 2 gelas air hingga tinggal 1 gelas. Minum ketika masih suam, 1 jam sebelum tidur malam.

5️⃣ Sakit gastrik (maag)

1 helai daun pandan

Halia sebesar ibu jari (diketuk)

5 potong labu kuning (dipotong dadu)

Gula melaka sebesar ibu jari kaki

Caranya:

Semua bahan direbus dengan air secukupnya hingga labu masak. Jika masih ada airnya, minum air tersebut dan makan labunya setiap pagi sebagai pengganti sarapan.

Thursday, October 23, 2025

Madu lebah

  

Home

Create a post

Feed posts

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

TV VIRAL

 ·

Follow

Stnodspreo9g1mf

e

u9

 

ll

1

u032i

4

3

t

a

96305i6

4

t

72

 

1

t0c

c

:

9

r

b

3

O

 

o

475

3

 ·

Selama ini, tujuan makan madu selain nak sihat tentu-tentulah nak sembuhkan penyakit. Tapi kenapa walau dah habis berbotol madu, sakitnya masih ada.. tak jadi ubat. Rupanya cara minum madu itu yang salah.

Dr Hisham bin Hashim, seorang herbalis dan gemologis memaklumkan petua bukan sekadar apa yang difikirkan sebagai tinggalan orang dulu-dulu. Petua itu sebenarnya adalah daripada Rasulullah SAW.

Mengamalkan pemakanan sunnah sepatutnya memberi kesan yang cukup baik. Antara makanan sunnah adalah habbatus sauda, madu lebah dan minyak zaitun. Tapi mengapa pemakanan yang disebutkan dalam al Quran mahupun hadis dengan kesan penyembuhan ini tetap tidak memberi kesan penyembuhan dalam diri seseorang?

Maka itu, perlunya petua dirujuk kembali. Kerana antara petua dan ilmu itu, petua juga sama penting. Andai ada ilmu yang banyak sekalipun, tanpa cara betul mengamalkan petua, Petua tetap tidak menjadi ubat.

Madu lebah mempunyai kesan penyembuhan yang hebat. Yang mana lebah-lebah akan bekerja mengumpulkan nektar dengan berpandukan wahyu Allah. Haiwan kecil ini menggunakan laluan pergi dan balik seperti yang Allah arahkan. Punyalah hebat ciptaan Allah ini.

Setiap nektar yang mahu dimasukkan ke sarang lebah itu pun ditentukan dahulu kualitinya oleh Ratu Lebah. Hanya yang terbaik saja yang lepas. Malah ketika nektar mahu dimasukkan ke dalam sarang, setiap makhluk berzikir. TAPI KENAPA BILA KITA MAKAN TETAP TAK JADI UBAT?

Ini kerana apa yang kita amalkan itu tidak betul caranya. Memakan madu untuk tujuan penyembuhan perlu ada cara dan waktu makan yang tepat mengikut jenis-jenis penyakit yang mahu dirawat.

“Sebab Allah cipta alam ini ada gelombangnya yang tersendiri. Ada elektro magnetnya. Allah jadikan bumi ini tidak terpisah. Jika anda jumpa kunci pembukanya (orang yang nak buka) untuk penyakit. Frekuensinya kena betul, insyaallah madu akan menjadi ubat.”

Sebelum Ambil Madu, Betulkan Dulu Cara Hidup Anda

Sekiranya seseorang betulkan cara hidup, dia hampir-hampir tak perlu makan ubat. Ini cara betulkan kembali ‘way of life’ kita.

1. Betulkan Cara Makan

Perut adalah rumah penyakit. Ini yang Rasulullah lakukan sebelum makan. Baginda akan mencubit sedikit garam dengan menggunakan ibu jari dan jari manis. Lalu cubitan kecil tadi diletakkan pada bahagian lidah yang paling masin, iaitu di tepi lidah. Ketika garam menyentuh lidah, air liur akan keluar dan merembeskan asid.

Bermakna sebelum nasi masuk ke mulut, asid sudah keluar dulu. Asid inilah nanti akan ke bawah dan makanan berada di atasnya untuk dicernakan.

Sebaik selesai makan, ambil semula garam dengan cara sebelum makan tadi. Cara ini membuatkan makanan berada dalam badan tak melebihi 20 jam. Semua makanan yang melebihi 20 jam akan menyebabkan berlaku keracunan dalam perut. Menjadi amalan sunnah juga untuk hisap hujung jari selepas makan.

Bermula dari ibu jari sampai jari kelingking dan ke ibu jari semula. Ini adalah fitrah yang telah Allah tentukan untuk menjaga keseimbangan hormon manusia.

2. Makan Buah Dengan Betul

Buah perlu dimakan sebelum ambil makanan yang berat. Konsepnya sama seperti di atas, untuk mengelakkan pengumpulan gas dalam perut yang boleh mengakibatkan keracunan.

3. Tidur Dengan Cara Yang Rasulullah Ajar

Sebelum tidur, kibas-kibas dahulu tempat tidur. Baca doa tidur, 3 Qul (Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas) dan sebagainya. Badan mengiring ke kanan kerana ia ada bersangkutan dengan paru-paru.

Ketika bangun, menggeliat dulu kanan dan kiri serta tengah dan melonjakkan kaki. Kemudian minum air secawan. Jangan sesekali minum berdiri. Minum secara duduk untuk elakkan sakit lutut ketika usia mencecah 40 tahun.

Rasulullah juga amalkan makan daging kambing dari kaki kanan yang bahagian hadapan. Sebab di situ tiada kolesterol.

4. Cara Mandi Untuk Elakkan Rebah Dalam Bilik Air

Sebelum masuk bilik air, langkah dengan kaki kiri, baca doa untuk masuk ke dalamnya. Dalam bilik air suhu gelombangnya tak sama macam ruang lain di rumah anda. Dalam itu, banyak benda tak elok suka duduk.

Dah masuk, jangan terus jirus kepala. Siram dulu dari kaki sampai kepala lutut. Beralih pula ke pinggang naik ke bahu. Patah semula jirus ke kaki. Masa yang sama anda akan rasa haba panas keluar dari celah ketiak. Bila haba panas dah keluar habis, barulah jirus kepala.

Kalau masuk bilik air terus jirus kepala, itu yang boleh jadi darah tinggi. Nak keluar bilik air pula langkah dengan kaki kanan. Baca doa keluar bilik air.

Apabila ‘way of life’ ini dapat dikembalikan dengan cara yang betul. Baik anda sedang makan ubat-ubatan dari hospital, mahupun herba, ia akan memberi kesembuhan yang lebih sempurna.

Cara Betul Minum Madu Sampai Jadi Ubat Untuk Sembuhkan Penyakit

1. Pilih Madu Yang Asli, Caranya..

Hati-hati ketika membeli madu. Ini kerana, 60 peratus madu yang ada di pasaran banyak yang tiruan. Banyak petua dikongsikan untuk mengesan madu asli. Misalnya, tengok yang paling likat, tak dihurung semut dan sebagainya. Tapi dengan kepandaian sekarang semua itu boleh direka.

Cuma satu cara ini, manusia tak boleh tiru. Caranya : Ambil piring, tuangkan madu satu sudu kecil di atasnya. Kemudian, siramkan air suam. Goncang. Jika madu asli, anda akan nampak ia membentuk corak sarang lebah atau heksogan.

2. Minum Madu Untuk Rawat Sakit Di Bahagian Kepala

Penyakit yang dialami di bahagian kepala seperti migrain, madu hendaklah diminum terus. Jangan dicampur air. Oleh sebab penciptan bumi dan manusia yang daripada tanah ini tidak terpisah, ada gelombang yang berputar 24 jam maka jadual makan madu perlu tepat. Untuk rawatan di bahagian kepada, ambillah selepas waktu subuh tapi sebelum habis waktu dhuha.

2. Untuk Rawatan Bahagian Badan

Masalah berkaitan perut, usus untuk capai nikmat kesembuhan maksima minumlah madu dengan air suam. Madu walaupun sejenis cairan ia mengandungi atom yang kuat. Sebab itu, dia kena dicairkan dengan air.

Cara minum : Ambil satu sudu teh saja pada waktu selepas dhuha ke zohor. Biar sedikit asalkan istiqomah.

Kacau madu ikut arah lawan jam. Ini kerana semua benda yang lawan jam akan menghasilkan tenaga. Manakala yang ikut jam akan menguraikan energi dan tak jadi ubat. Contoh paling mudah, ketika orang bertawaf dan pokok yang menjalar.

3. Ambil Madu Untuk Rawat Bahagian Pinggang Ke Bawah

Cara minum : Masa yang perlu diambil ketika ambil madu antara waktu zohor ke asar.

4. Rawatan Bahagian Bawah

Waktu minum madu adalah antara asar ke maghrib. Sebab gelombang pada waktu ini menurunkan sistem imun badan kita.

Tip Ini Penting!

√ Penyakit ini datang sebab adanya suhu panas dan sejuk. Bila kita sakit, majoriti suhu badan akan meningkat. Ketahanan badan pula menurun.

√ Macam mana nak tahu sama ada badan kita sedang panas atau sejuk. Check cuping telinga. Kalau cuping telinga sejuk bermakna badan kita tengah panas dan kalau cuping telinga panas, bermakna badan anda sejuk.

√ Sebab itu, campuran air dan madu pun kena betul. Untuk dapatkan madu yang panas, kena tuang air dulu dalam gelas baru letak madu. Manakala untuk dapatkan madu sejuk, letak madu dulu dalam gelas barulah tuang air.

Jika Badan Panas

Cara minum madu -> madu dulu dalam gelas baru campur air = madu sejuk

Dan bila diminum dengan cara ini ia akan sejukkan badan.

Jika Badan Sejuk

Ini cara minum madu -> tuang air dulu dalam gelas baru campur madu = madu panas

√ Selepas minum madu, jangan makan campuran ikan dengan susu. Elakkan makan ikan dengan daging. Ini yang dikatakan laut jangan bertemu darat. Tak bagus untuk perut.

√ 1 sudu kecil madu kelulut bersamaan dengan 10 sudu kecil madu biasa. Ini kerana lebah kelulut itu kecil, ia boleh masuk sampai ke rongga bunga. Tapi hati-hati ketika membeli madu kelulut. Jangan cari yang berwarna susu kerana dibimbangi ada campuran buah laici yang masam.

√ Madu mentah ini boleh ‘boost’ energi seseorang. Jika mahu memandu jarak jauh katakan pukul 4 petang nak bergerak, jam 8 pagi dah kena minum.

√ Jangan letak madu di tempat yang akan mengubah molekul madu. Dalam peti ais misalnya.

√ Madu juga boleh jadi ubat mata yang mujarab. Campurkan dengan air hujan dan titiskan di mata. Nanti akan ada rasa pedih. Titikkan antara waktu selepas subuh dan sebelum dhuha. Kenapa ikut prinsip minum madu yang dinyatakan di atas untuk rawatan di bahagian kepala.

Kalau tidak ikut waktu yang tepat, ia menghilangkan rasa sakit tapi tidak menghilangkan penyakit.

Sunday, April 27, 2025

Petua Turunkan Kadar Gula dan Kolestrol Serta Gout.

 Petua Turunkan Kadar Gula dan Kolestrol Serta Gout.

———————————-

1. Saya baru mendapat petua ini dari seseorang yang menghadapi sakit kencing manis bertahun-tahun serta tahap kolesterol yang tinggi.


2. Semalam apabila berbicara dengan beliau, beliau menberitahu saya sejak 3-4 bulan lepas kadar gula beliau yang berada pada tahap “20” ke atas dan masalah beliau juga ada “gout” dan bisul selalu naik di badan disebabkan kadar gula yang tinggi.


3. Selain itu beliau juga ada masalah sakit lutut. Umur beliau 62 tahun.


4. Namun beliau menyatakan, pada 4 bulan lepas beliau amalkan minum air daun pandan. Minum air daun pandan tanpa masukkan sebarang campuran lain. Hanya air rebusan daun pandan.


5. Ini cara-caranya menurut beliau:-

i. Ambil 10 daun pandan dan rebus dalam periuk.

ii. Daun pandan itu boleh dipotong atau biarkan tanpa potong.

iii. Masukkan air penuh dalam periuk. Rebus sehingga air pandan jadi kekuningan.

iv. Jika kita rebus dan air dalam periuk akan berkurangan separuh, tambah lagi separuh sehingga penuh. Ulang 1-2 kali sehingga air rebusan menjadi kekuningan.

v. Simpan air dan boleh diminum secara suam atau sejuk.

vi. Beliau simpan dalam jar dan minum segelas pagi, segelas tengahari dan segelas malam.


6. Selepas 3 minggu beliau minum dan sehingga sekarang kadar gula dah turun ke 5 dan beliau dah tak makan ubat diabetes, tiada lagi gout, tiada sakit lutut.


7. Selain itu, masalah susah buang air besar (beliau biasanya ambil masa 3-4 hari sekali untuk buang air besar namun sekarang setiap hari beliau buang air besar)


8. Bagi yang sihat tanpa diabetes juga boleh amalkan tapi segelas sehari kerana bimbang akan turunkan tahap gula terlalu renda yang jadi “hypo”. Saya belum mencuba namun saya ingin kongsikan agar masing-masing dapat manfaat insyAllah.


Semoga Allah rahmati usaha kita. Yang baik dari Allah 

Sunday, March 30, 2025

Psioriasis

 Saya hadapi psioriasis. Dari pengalaman sejak 1985

Possible berlaku

1. Masa kecil kena tarik hingga mulut berbuih

2.termakan selica gel yg disertakan dalam makanan.


Dulu teruk satu badan berkeluping dan merah macam udang kena bakar.


Kulit yg kena psioriasis tidak berpeluh

Berkurang bila peluh keluar dari kulit

Mandi laut,selepas mandi laut tidak digalan mandi air biasa selepas mandi laut dan tidak galakan guna sabun atau shampu selepas manfi laut. Tidak digalakkan mandi kolam  air panas samula jadi.

Minum jus timun setiap hari.

Jika sendi bengkak atau benjol yang berair, prefer cucuk benjol supaya air keluar. Jika dibiarkan kering sendiri. Sendi jadi bengkok dan keras.

Lebihkan minum air kosong banyak dan srlalu

Pantang

Tidak digalakan makan sarung kapsul ubat. Jika makan ubat berkapsul. Makan tanpa kapsul.

Tak galakkan makan sadin,maggi.

Darah Orang yg mengidap psioriasis panas sikit dari orang biasa, orang biasa terasa panas bila bersentuh dgn orang psioriasis ,

jika ia kahwin anaknya ramai.

Tuesday, October 29, 2024

Wednesday, October 9, 2024

Makan ubi kayu memcegah dan menyembuh Kanser Prostat

 


Makan Ubi Kayu

Berita baik untuk mereka yang menghadapi masalah prostat, sama ada ia membesar atau berkanser.

Izinkan saya mulakan dengan berkongsi pengalaman saya sendiri mengenai prostat saya.

Bapa saya dan adik lelakinya meninggal dunia akibat kanser prostat, dan saya telah hidup dengan prostat yang membesar sejak tahun 2006.

Saya telah mencuba rawatan perubatan biasa, herba, dan makanan tambahan dengan tahap kejayaan yang berbeza, tetapi pundi kencing saya tidak pernah kosong, dan saya pernah berasa malu beberapa kali akibat kencing tidak terkawal.

Namun, titik perubahan berlaku apabila pada tahun 2021 saya menaiki bas dan bertemu dengan beberapa orang tua.

Sebelum kami menaiki bas, saya menyatakan bahawa saya akan meminta pemandu berhenti untuk saya kencing di sepanjang jalan kerana masalah prostat saya yang membesar.

Ini memberi peluang yang baik untuk salah seorang orang tua tersebut memberikan kami penawar, yang katanya telah digunakan oleh bapanya sendiri.

Caranya sangat mudah, masak ubi kayu di atas api arang atau kayu.

Anda boleh makan ubi kayu yang dimasak dengan apa-apa kuah pilihan anda.

Saya mesti beritahu anda bahawa sejak kepulangan kami, ubi kayu telah dimasak untuk saya seperti yang disarankan.

Saya berada di tempat yang tidak mempunyai akses kepada dapur arang, jadi saya menggunakan gas untuk memasak ubi kayu.

Sejak Jumaat ketika saya tiba di sini, sarapan saya adalah teh serai + halia dan lemon.

Makan tengah hari adalah ubi kayu rebus.

Sebelum ini, saya bangun setiap dua jam pada waktu malam untuk kencing. Kadang-kadang, saya kencing dua kali dalam satu jam. Dan ini menjejaskan kesihatan saya.

Tetapi sejak saya memulakan terapi ubi kayu, saya hanya bangun sekali sahaja pada waktu malam.

Saya tidak lagi merasai panas atau kesakitan yang berkaitan dengan kencing.

Saya tidak lagi terasa ingin tergesa-gesa ke tandas untuk mengelakkan tumpahan.

Saya tahu ada ramai saudara yang lebih tua yang mempunyai masalah prostat, dan saya mengesyorkan terapi ubi kayu kepada mereka.

Cuba, atau cadangkan kepada sesiapa yang mempunyai masalah prostat.

Dikongsi seperti yang disalin

UBI KAYU & SEL KANSER!!!

Jangan berhenti, sila baca hingga habis!

Selepas makan ubi kayu selama sebulan, doktor saya memeriksa pundi kencing saya untuk kanser. Dia terkejut kerana pundi kencing saya benar-benar bersih dan normal.

Selagi saya terus makan ubi kayu, saya rasa sangat sihat dan cergas. Setiap tiga bulan saya pergi untuk pemeriksaan dan keputusan saya kekal bersih. Sejak itu, saya hanya makan ubi kayu dan tidak meneruskan ubat kanser yang lain.

Encik Pereira, seorang lelaki berusia 70 tahun, telah disahkan menghidap kanser prostat. Isterinya di hospital secara kebetulan membaca artikel saya. Mereka tidak mempunyai wang untuk rawatan kanser, dan suntikan yang diberikan membuatkan Encik Pereira sangat lemah. Isterinya memberikan ubi kayu untuk dimakan. Selepas makan ubi kayu selama seminggu, keadaannya mula bertambah baik. Selepas sebulan makan ubi kayu setiap pagi, keputusan ujian PSA beliau turun daripada 280-290 kepada 5.89!

Mereka melawat saya dengan keputusan ujian sebelum dan selepas makan ubi kayu. Pereira tidak lagi mengalami sebarang gejala kanser selepas meneruskan pengambilan ubi kayu.

Ada seorang lagi yang menghidap kanser hati dan terpaksa menjalani pembedahan. Tetapi daripada keputusan imbasan MRI, sel-sel kanser masih wujud. Jadi, dia mula makan ubi kayu selepas pembedahan. Sebulan selepas makan ubi kayu, doktor memberitahu dia tidak perlu menjalani pembedahan lagi kerana imbasan MRI tidak menunjukkan kewujudan sel-sel kanser dalam hatinya.



Ubi kayu ubat cancer yang paling mujarab.

Saturday, October 5, 2024

Petua halau, ular,nyamuk,tikus,lipan,semut,lipas,anai-anai,cicak,lalat.

 1. Petua halau ular

Sembur pewangi atau penyegar  udara ditempat ular berada, ular akan pergi sendiri

2. Petua halau nyamuk

Letak kulit limau ditempat yang kamu tak nak nyamuk ada, nyamuk akan menjauhinya

3. Petua halau tikus

Tabur serbuk lada hitam ditempat yang biasa ia ada, tikus tidak datang lagi.

4. Petua halau lipan

Tabur garam halus atau kasar ditempat lembab atau tempat yang dijumpai.

5. Petua halau semut

Tabur kopi dikawasan laluannya dan kawasan didatanginya

6. Petua halau lipas

Tabur daun salam ditempat lipas berkeliaran

7. Petua halau anai anai

Sembur air kapur sirih ditempat yang dijumpai.

8. Petua halau cicak


Sapu dan letak tembakau dicelah dinding atau ditempat dijumpai

9.Petua halau lalat

Hiris daun pandan dan taburkan dikawasan selalu hinggap.

Wednesday, September 25, 2024

Daun pandan. Untuk saraf

 Untuk gout kencing manis,saraf

Ambil 3 helai daun pandan

Rebus dgn 2 glass air selama 5 minit

Tapis

Minum airnya. Setiap hari.

Campur madu lebah satu sudu.

Wednesday, April 17, 2024

Daun Betik cegah kanser

 Ambil daun betik atau pucuk satu tangkai,blend dgn satu glass.ambil jusnya dan minum,buat amalan harian

Wednesday, February 14, 2024

Limau nipis, ubat kencing manis

 Ambil sebiji limau nipis, gelek supaya senang perah

Kikis kulit hijau tanpa kulit putih

Perah isinya,

Campur air

Dan minum setiap hari atau selang sehari

Friday, December 8, 2023

BELIMBING BULUH

 *BELIMBING BULUH*


Tolong sebarkan mesej ini kepada semua orang terdekat dan yang tersayang. 


Profesor Dato’ Dr Abdul Wahab ibnu Samri dari Hospital Umum Tentera Darat Makasar mengesahkan bahawa, jika setiap orang yang mendapat maklumat ini dan kemudian menyebarkannya kepada sekurang-kurangnya 10 orang lain, sekurang-kurangnya satu nyawa dapat diselamatkan.


Saya telah melaksanakan tugas saya. Saya harap anda juga akan melaksanakan tugas anda.

Terima kasih.


Belimbing buluh dalam air panas dapat membantu anda. Tidak kira betapa sibuknya anda, anda perlu membaca ini, dan kemudian menyebarkannya kepada rakan dan orang lain.


Belimbing buluh boleh membunuh sel barah.


Potong 2-3 keping nipis belimbing buluh dan masukkan ke dalam gelas, tuangkan air panas, air akan menjadi beralkali. Minum setiap hari sekurang-kurangnya sekali. Bagi sesiapa sahaja, ia akan berguna.

   

Belimbing buluh akan mengeluarkan bahan anti-barah. Ini adalah perkembangan baru dalam dunia perubatan semula jadi, yang berguna dalam merawat barah.


Ekstrak belimbing buluh air panas akan mempengaruhi sista dan tumor. Sudah terbukti, ia dapat membantu menyembuhkan pelbagai jenis barah.


Menggunakan belimbing buluh dalam merawat barah, ia hanya akan membunuh sel-sel tumor yang ganas. Ia tidak akan mempengaruhi sel yang sihat.


Selain itu, asid amino dan polifenol oksidase dalam belimbing buluh dapat menyeimbangkan tekanan darah tinggi, peredaran darah, mengurangkan pembekuan darah dan dapat mencegah terjadinya trombosis urat dalam.


Setelah anda membaca ini, hantarkan kepada keluarga dan rakan-rakan. Mesti menjaga kesihatan anda..

Friday, November 17, 2023

Thema drama tv

 Tajuk cerita berlainan tapi Thema sama, jantan rebut betina, betina rebut jantan, cinta tiga segi, gedik, bergaduh dgn madu,rebut suami, dengki,fitnah, mak mertua tak suka menantu, mak mertua ada pilihan lain. Jiran membawang. Cerita bersiri setiap episod watak dengki menang dan watak yang jadi mangsa setiasa kalah.Watak yang dengar tuduhan bertindak tanpa usul periksa dan menyerang mangsa. Hingga menjadi lumrah hidup sekarang, berdengki dan buat fitnah untuk berjaya.

Sunday, November 5, 2023

Strok dan serangan jantung

 Jika tiba tiba pesakit jatuh dan tak sedar diri. Picit bahagian bawah hidung

https://youtube.com/shorts/-ZFondjgA90?si=0snz_zxyNm2Ak0JB

Saturday, May 27, 2023

Hidayah milik Tuhan

Tuhan kurnia hidayah kepada sesiapa yang ia kehendaki.

Ditepi pasaraya,  seorang pakcik umur lingkungan 70 tahun duduk dikerusi panjang.

Selang beberapa minit datang seorang pemuda  menghampirinya dan duduk disebelahnya. 

Pemuda itu meyapanya :" Uncle tunggu siapa.?"  

Pakcik menjawab: "Tunggu isteri pakcik, ia ada dalam mall ".

Pemuda itu mengenalkan dirinya sambil menghulur tangan : "Robert".(bukan nama sabenar)

Pakcik menyahut:"Ahmad";(bukan nama sabenar).

Ahmad menyoal: " Robert tunggu siapa"?

Robert: "Tak tunggu sesiapa",

*********************

Robert : "Pandangan saya , tuhan kita sama, Allah."

Ahmad tenung  robert tanpa berkelip :" Kamu islam ke?"

Robert menjawab: "Bukan, saya keristien".

Ahmad termenung sebentar sambil memerhatikan anjing mengongong makanan.

Ahmad : "Kamu nampak anjing itu. " sambil Ahmad menunjukan anjing yang sedang memakan makanan.

Robert : "Ya , saya nampak."

Ahmad :"Jika saya letak namanya sama dgn nama kamu iaitu Robert boleh la ya? .Sambil memandang kemuka Robert.

Robert memotong cepat dengan marah. "Mana bolih, ia binatang, aku manusia."

Ahmad:: "Setakat nama sama apa salahnya "

Robert merah muka menahan marah.

Ahmad tanya:"Apakah sifat kamu dan sifat anjing dan membezakan kamu dgnnya?"

Robert menjawab:" Saya manusia, dari fizikal berbeza, bercakap berjalan tegak atas 2 kaki,berpakaian lengkap. Sedangkan anjing berjalan 4 kaki, menyalak dan makan makanan kotor dan bersisa.

Anjing dah menghilang diri .

Ahmad tanya:" jika saya beritahu kamu sifat binatang yang menyalak,berjalan 4 kaki dan ekor sentiasa bergoyang,apa jawapan kamu?."

Robert menjawab: "Tentulah anjing".

Ahmad menyambung:" Setiap benda dalam dunia ini ada ciri ciri dan sifat untuk dikenali walaupun kita tak berjumpa, kucing  ada ciri dan sifat sebagai kucing , kereta ada ciri ciri dan sifat sebagai kereta.Basikal ada ciri dan sifat sebagai basikal."

Robert menjawab "Absolutely right".

Ahmad menyambung."Allah mempunyai ciri dan sifat  tersendiri sebagai tuhan saperti yang ditulis dalam alquran."

Robert terdiam puzzle memandang Ahmad.

Ahmad bertanya pada Robert."Awak ada smartphone?"

Robert jawab :"Ada".

Ahmad :"google perkataan The Quran, al-ikhlas atau buka playstore cari alquran.

Download."

Robert:"Ok sudah,"

Ahmad;"Baca kuat kuat apa ia tulis"

Robert baca dgn nyaring:"

Say: He is Allah, the One and Only; Allah, the Eternal, Absolute; He begetteth not, nor is He begotten; And there is none like unto Him."

Ahamd: "itulah ciri ciri dan sifat ALLAH sebenarnya. Ia satu hanya satu,tidak beranak,tidak diperanakan dan tiada sesuatu yang menyerupai."

Ahmad meyambung:"Apa yang orang kreistian sangka sifat allah adalah bertentangan dengan orang islam jika kamu mengatakan tuhan ada anak dan menyerupai norma kehidupan manusia."

Robert bertanya."Maksud pakcik."

Ahmad menjawab." Ayat terakhir menyanggah pandangan kristian.Iaitu menyerupai norma hidup makhluk hidup dimuka bumi berketurunan iaitu manusia dan binatang. Contoh tuhan ada anak iaitu jesus maknanyanya tuhan seorang lelaki beristeri marry."

Ahmad tanya:"kamu dah kahwin.?"

Robert menjawab :"Belum"

Ahmad tanya." Kebiasaan hidup manusia ibu bapa kahwin melahirkan anak  ?

Robert menjawab : "Ya."

Ahmad menjawab:"Ikut pandangan kristien bolih disamakan tuhan dgn norma hidup manusia, bapa kamu sebagai tuhan,ibu kamu sebagai marry dan kamu sebagai yesus. Begitu juga datuk kamu sebagai tuhan, nenek kamu sebagai marry dan bapa kamu sebagai yesus .Ini bertentangan dgn ayat terakhir yang kamu baca tadi."

Robert terdiam.

Ahmad menyambung: bila free time baca alquran translation cari search enjin perkatan "mary" , ("god" and "son"),"Allah has not taken any son" dan ("Jesus" and "Allah").

Robert menjawab: "orang bukan islam tak bolih baca kitab ini malahan pegang pun tak bolih."

Ahmad: "tranlation boleh ,yang tak boleh pegang fizikal kitab alquran yang penuh dgn bahasa alquran."

Ahmad menyambung: "Tonton video youtube berkenaan orang masuk islam spt Dr jeffrey Lang , atau cari tajuk bagaimana saya masuk islam, mualaf ." "Buka youtube cari surah mariam dan baca translation." Sambungnya lagi.

Seorang wanita bertudung  umur 60an menghampiri Ahmad dengan menjinjing bag. Ahmad bangun dan berjalan kearahnya. Selepas 3 langkah kedepan ia berpusing kearah Robert dan  bercakap.

Ahmad: "You pergi ke gereja dan berdoa."

 Ooo My god ,the god of Jesus and the god of all the worlds, I beg you to show me the truth so that I follow and preach towards it and show me falsehood so that I stay away from it and prevent people from following it."

Ahmad dan isterinya berlalu dicelah orang ramai.

(Note: cerita ini hanya rekaan, tidak ada kena mengena dgn orang hidup atau mati)












Saturday, May 20, 2023

Minor strok, sakit kepala

 Jika sesiapa dapat minor strok baca selalu ayat ini. Baca ayat ni di air dan minum, 


Baca surah al waqiah ayat 19



Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.


(Al-Waaqi'ah 56:19) |

Tuesday, February 20, 2018

GARLIC SOCKS - MERAWAT SELSEMA / BATUK / DEMAM

GARLIC SOCKS - MERAWAT SELSEMA / BATUK / DEMAM

Letakkan bawang putih pada stokin anak.

Cara untuk bayi atau anak kecil :

1. Pakaikan anak stoking berlubang besar sedikit spt jenis berkait atau yg     
    berlubang-lubang.

2. Ambil sehelai lagi stoking, masukkan bawang putih yg telah ditumbuk 
    sedikit, tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu
    ditakuti kaki anak terlalu kepanasan 
    (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi 
     kemerahan sbb kepanasan bawang putih).

Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan  minyak bawang putih dan sapukan pada tapak kaki anak.

Cara buat minyak : Bakar seulas bawang putih tanpa buang kulit, lenyekkan pada minyak zaitun (boleh gunakan minyak masak biasa, minyak kelapa, atau minyak yang tiada bahan yang tidak semulajadi)

Untuk anak yg lebih dewasa :

Boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast.

3. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau 
    bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu 
    menyerap dalam kulit sebagai antivirus .

Bawang putih sangat baik utk paru-paru. Ia juga akan melawan bakteria & virus dan pada masa yg sama juga meningkatkan imun badan.

Khasiat Bawang merah

*BAWANG OH BAWANG*

*KES PERTAMA*

Seorg doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yg lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain2.

Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran2 mereka menderita sakit.

Si isteri petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah yg telah dikupas dalam piring disetiap ruang rumah.

Doktor amat tertarik dan meminta utk melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut.

Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.

*KES KEDUA*

Disebuah kedai gunting rambut yg banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya.

Tauke pun meletakkan semangkuk bawang merah yg telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2 beliau tidak lagi diserang selsema.

*KES KETIGA*

Seorg yg terkena pneumonia menemukan artikel yg mengatakan utk memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dgn garpu pada salah satu hujungnya.
Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan dibilik pesakit.

 Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan tertarik padanya.

Bawang merah yg berfungsi sebagai magnet yg menarik kuman2 padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.

Bawang merah dan bawang putih mempunyai kekuatan antibakteri dan antiseptik yg amat menguntungkan manusia. Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika digunakan dgn cara yg betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yg menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.

*Harap diingat*

Adalah berbahaya utk mengiris bawang merah dan menggunakannya utk dmasak esok hari

Info ni sgt2 berguna..sila lahh share, moga membawa kebaikan pd org lain !!!!