Showing posts with label gastrik. Show all posts
Showing posts with label gastrik. Show all posts

Sunday, November 9, 2025

Daun pandan

 Inilah penyakit yang boleh dirawat dengan daun pandan:

1️⃣ Sakit kepala

Caranya: 

1 helai daun pandan dihiris halus, kemudian direbus bersama seibu jari halia yang diketuk dengan 1 gelas air. Rebus hingga mendidih sebentar sahaja. Minum ketika msih suam, 2 kali sehari, 10 minit selepas makan.

2️⃣ Kebas-kebas

2 helai daun pandan

Halia sebesar ibu jari (diketuk)

Caranya:

Semua bahan direbus dengan 2 gelas air hingga menjadi 1 gelas. Minum 2 kali sehari, pagi dan petang.

3️⃣ Kesemutan

Halia sebesar ibu jari kaki

3 helai daun pandan

Caranya:

Semua bahan direbus dengan 2 gelas air hingga menjadi 1 gelas. Minum ketika masih suam, 1 jam sebelum tidur.

4️⃣ Kanser

1 helai daun pandan

3 batang meniran merah (akar, batang dan daunnya)

5 helai daun sirsak

Caranya:

Semua bahan direbus dengan 2 gelas air hingga tinggal 1 gelas. Minum ketika masih suam, 1 jam sebelum tidur malam.

5️⃣ Sakit gastrik (maag)

1 helai daun pandan

Halia sebesar ibu jari (diketuk)

5 potong labu kuning (dipotong dadu)

Gula melaka sebesar ibu jari kaki

Caranya:

Semua bahan direbus dengan air secukupnya hingga labu masak. Jika masih ada airnya, minum air tersebut dan makan labunya setiap pagi sebagai pengganti sarapan.

Wednesday, August 20, 2014

Petua hilangkan gastrik

Gastrik ni disebabkan perut kita terlalu berasid. Jadi untuk neutralkan asid, kita perlu cari makanan yang bersifat sedikit alkali.

4 makanan yang membantu mengurangkan sakit gastrik anda, termasuk:

1) Pisang


Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi.
Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik
Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik

2) Susu sejuk
Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan.susu bantu hilangkan atasi gastrik sakit perut
Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik.
Boleh lah buat banana milk shakes untuk legakan gastrik

3) Bunga cengkih
Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik.
Bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman.bunga cengkih hilangkan atasi gastrik sakit perut
Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.

4) Halia
Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.