Showing posts with label kaya. Show all posts
Showing posts with label kaya. Show all posts

Thursday, April 21, 2011

Kaya dalam Perniagaan

Dahulu seorang sahabat Nabi pernah bertanya kepada Nabi Muhammad.


Perbualan lebih kurang begini.

Sahabat : “Ya Nabi. Saya nak bertanya, kenapa dagangan gandum saya kurang laku.  Padahal saya jujur dan tidak berlaku maksiat. Dimana kah silapnya"

Nabi : “Bagaimana cara kamu berniaga?”

Sahabat : “saya tak tipu dan  tidak mengurangi timbangan barang sedikitpun. Gandum 1cupak saya jual tepat satu cupak dan tidak pernah kurang.
Nabi : “Kalau begitu. Cara perniagaan kamu  kurang baik.”

Sahabat : “Kurang baik macam mana ?”


Nabi : “Begini, dalam setiap 1 cupak yang kamu jual,tambah sedikit. Tidak digalakan jual tepat 1 cupak, tapi lebihkan supaya pembeli merasa senang.”

Tak lama kemudian sahabat tersebut mengamalkan  petunjuk dari Nabi tersebut. Setiap ada yang membeli gandum, selalu diberikan lebihan olehnya.

Ada beberapa hikmah yang bisa kita petik dari cerita diatas.


Pertama, dalam berdagang, jujur  dan amanah saja tidak cukup tapi diikuti dengan ihsan. Ihsan memberi sesuatu dengan tambahan keatas barang yang diberi.

Dalam Islam lebihan tersebut adalah Ihsan yang bila diterima oleh Allah SWT, berkahnya dunia dan akhirat. Kelima, lebihan tersebut adalah bonus. Pada dasarnya orang suka akan bonus, baik berupa lebihan atau diskaun harga.

Tuesday, January 25, 2011

Sedekah Mengubah takdir

Pada zaman Nabi Musa AS, Sepasang suami Isteri yang fakir miskin telah datang berjumpa Nabi Musa AS supaya memohon pada ALLAH memberi kekayaan. Nabi Musa AS bermunajat pada ALLAH dan berdoa pada ALLAH, ALLAH menyuruh Nabi Musa AS  memberi pilihan pada pasangan suami isteri samaada kaya selama 6 tahun dan miskin salepas itu sehingga wafat. atau miskin selama 6 tahun dan kaya sehigga wafat. 

Satelah suami isteri berbincang, mereka bersetuju membuat pilihan pertama iatu kaya selama 6 tahun dan satelah masuk 7 tahun  miskin sehinnga wafat.

 Baliklah suami isteri kerumah. Dengan takdir ALLAh mereka telah dikurnikan kekayaan dari setahun kesetahun. Dengan kekayaanyang melimpah ruah  itu menjadi orang paling kaya di kota.

Satelah masuk tahun ke 7 , Suami isteri itu hairan kerana mereka tidak miskin saperti yang disampaikan oleh Nabi Musa semasa dahulu. Masuk tahun ke 8, mereka berjumpa Nabi Musa bertanya kenapa mereka masih kaya lagi.  Nabi Musa AS bermunajat pada ALLAH bertanya akan hal  ini. ALLAH berfirman mengatakan dengan kekayaan mereka telah mengkayakan dan memakmurkan  kota yang mereka tinggal. Mereka banyak menderma harta mereka pada fakir miskin sehingga tidak ada lagi orang miskin di kota itu, Mereka membuka gedung perniagaan yang banyak dan besar . Banyak pedagang pedagang datang berjual beli di kota itu. Kota itu dahulunya kecil sekarang menjadi sibuk . meriah , besar dan makmur.

Lalu mereka balik ke kota asal mereka dengan kesyukuran yang tidak terhingga.

Sedekah Mengubah takdir


Pengajaran dari cerita ini, Sedakah boleh mengubah takdir dari miskin kepada Kaya.  Kekayaan manusia adalah menginfak harta, tenaga, ilmu untuk menafaat orang lain..

wasalam

Sunday, February 28, 2010

Petua bebas hutang dan kaya

Ada member beritahu, orang kaya beri petua supaya bebas hutang dan memjadi kaya selalu baca 
dibawah ini