Wednesday, October 19, 2016

Makanan yang bolih Membunuh Kanser

Ubat Sakit Kanser yang lalu kita telah mengetahui bahawa vitamin b17 dapat membunuh sel-sel kanser. Maka kali ini marilah kita mencari apakah sumber-sumber makanan yang mempunyai vitamin b17 ini. Sebenarnya banyak makanan yang mempunyai sumber vitamin b17 semulajadi, tetapi oleh kerana rasanya yang pahit, ramai yang tidak mengambilnya. Berikut ialah senarai makanan yang mempunyai vitamin b17 :-

Sumber Vitamin B17

Blackberi liar
Biji Epal
Biji Apricot
Biji Ceri
Biji Nektarin
Biji Pic
Biji Pir
Biji Plum
Biji Prun
Kacang Parang
Kacang Badam (pahit)
Kacang Macadamia
Daun Alfalfa
Daun Eucalyptus
Daun Ubi Kayu (cassava)
Rebung (Bamboo shoot)

Cara Makan.
Rebus minum airnya
atau Goreng hingga garing


Kita di Malaysia amat bernasib baik kerana pucuk ubikayu yang mengandungi banyak vitamin b17 adalah murah dan boleh dibeli di pasar-pasar. Namun jika anda tidak sukakannya anda boleh memakan biji epal bersama-sama dengan epal sekali, dengan cara ini rasa pahitnya dapatlah dikurangkan. Satu cara mudah untuk mendapatkan bekalan vitamin b17 harian ialah dengan membeli biji aprikot. Rasanya pahit namun ia boleh dimakan bersama buah-buahan atau biji-bijiran seperti oats, seperti anda memakan cornflakes atau muesli untuk sarapan.